Archive

Posts Tagged ‘Usahawan’

Produk Fizikal Mudah Di Jual…

November 27th, 2008 barizanif No comments

Salam kepada semua pembaca budiman..
Dah beberapa hari saya tidak post artikel dalam blog ni.. Sebabnya saya mendapat demam selsema dan hampir beberapa hari ambik MC. Bila dah sembuh, anak dan isteri pulak yang demam.. Takpa lah, tu semua ujian dari Allah, kena bersabar la banyak-banyak…

Baiklah, berkenaan tajuk post kat atas tu iaitu Produk Fizikal Mudah Dijual… memang betul!! Jika anda memang mempunyai hasrat untuk berniaga produk fizikal secara online, terdapat satu RAHSIA yang dapat melariskan jualan anda. Jika anda nak tahu apakah rahsia tersebut, jadi dapatkan segera dari Shuth iaitu ebook Rahsia Menjual Produk Fizikal Di Internet.

Potensi untuk berjaya dan menjana pendapatan melalui perniagaan produk fizikal di internet, adalah sangat tinggi dan cerah. Ia adalah satu peluang yang sangat bernilai bagi usahawan-usahawan internet. Anda memang sangat rugi jika anda melepaskan peluang untuk mendapatkan ebook tersebut, kerana tip dan panduan yang dinyatakan oleh Shuth adalah hasl dari pengalamannya selama 3 tahun… diulangi.. 3 tahun!! Adakah anda sanggup untuk mencari pengalaman sendiri selama 3 tahun berbanding berkongsi pengalaman mereka yang telah melaluinya. Dan terbukti mereka memang telah berjaya.

Jadi, jangan tunggu lagi… Dapatkan segera ebook Rahsia Menjual Produk Fizikal Di Internet sekarang juga!

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

Man Utd Menang Besar…

November 15th, 2008 barizanif No comments

Malam tadi saya berpeluang menonton perlawanan bolasepak Barclays Premier League diantara Man Utd vs Stoke City. MU menang besar… 5 - 0. Apa yang saya nampak dalam perlawanan tersebut ialah semua pemain MU sangat bekerjasama, bersungguh-sungguh dan kreatif untuk memenangi game tersebut. Hasilnya mereka telah menang besar pada malam tadi.

Semangat yang telah ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson ternyata telah membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’.. dimana semangat yang demikianlah patut kita contohi tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda cemerlang adalah satu titik noktah yang dapat menghasilkan momentum yang sangat kuat bagi menggerakkan jasad fizikal kita menuju ke arah kejayaan yang gemilang.

Ramai orang yang hendak kaya dan berjaya dalam perniagaan mereka, tetapi adakah mereka telah menyediakan minda mereka ke arah itu? Jika hanya berangan-angan kosong dan goyang kaki sahaja maka mimpilah mereka untuk menjadi orang kaya atau usahawan yang berjaya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, jangan bertangguh lagi, tambah ilmu di dada, kreatif, inovatif dan yang terakhir… berserahlah pada Allah swt.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

Anda Usahawan Yang Gagal

October 29th, 2008 barizanif No comments

Anda ingin berjaya dalam bidang jualan? Sudah tentu anda hendak, bukan? Jika tidak, takkanlah anda ingin membazirkan masa memulakan kerjaya dalam bidang jualan, sama ada secara sepenuh masa ataupun secara sambilan. Bagi mencapai kejayaan dalam bidang jualan, adalah penting juga bagi kita mengetahui kesilapan2 yang sering dilakukan supaya kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan yang serupa.

  • Tidak istiqamah atau konsisten - Masalah ini sering melanda kebanyakan individu yang baru bermula sebagai usahawan. Selalunya, pada peringkat awal mereka sangat bersemangat dan komited dalam menjual produk atau perkhidmatan mereka. Malangnya setelah sebulan atau dua bulan seterusnya semangat mereka mulai pudar terutamanya jika produk atau perkhidmatan mereka kurang mendapat sambutan. Sindrom hangat-hangat tahi ayam mula menyelinap dalam hati mereka. Mereka tidak lagi berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sikap sebeginilah yang akan menjerumuskan bakal2 usahawan itu ke dalam lembah kegagalan.
  • Takut Gagal - Memang tidak salah jika kita mengharapkan kejayaan. Namun, kita juga perlu bertoleransi dengan diri sendiri sekiranya kita mengalami kegagalan. Kita tidak perlu menyalahkan diri sendiri jika kita tidak mencapai jualan yang disasarkan. Kita juga perlu memaafkan diri sendiri jika kita berjaya melakukan sesuatu. Tanamkan semangat ‘Aku Boleh!’ dalam jiwa dan bertekad untuk mencapai kejayaan.
  • Menyalahkan Perkara-Perkara Lain - Sikap suka menyalahkan perkara lain juga adalah antara faktor utama seseorang itu kurang atau pun tidak berjaya langsung dalam bidang jualan.
  • Tidak Melakukan Langkah Susulan - Kebanyakan orang beranggapan, bagi berjaya dalam bidang jualan, mereka hanya perlu mengiklankan barangan mereka dan kemudian mengharapkan iklan itu membawa pulangan yang tinggi kepada mereka. Sikap ini adalah tidak betul. Bagi mencapai kejayaan dalam bidang jualan, kita perlu melakukan langkah susulan terhadap produk dan pelanggan kita. Contohnya kita perlu mengiklankan produk atau perkhidmatan kita melalui pertemuan dengan pelanggan, menggunakan telefon, SMS, emel, forum, laman web dan sebagainya.
  • Malas - Saya rasa faktor ini tidak perlu saya huraikan dengan panjang lebar. Ini kerana kita semua tahu bahawa sikap malas akan membawa kegagalan total dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Jadi nasihat saya hapuskan sifat malas dan berusaha ke arah kejayaan.

Jadi fikir2kanlah wahai usahawan di luar sana. Untuk berjaya, kita mestilah bertindak sebagai seorang juara.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark