Archive

Posts Tagged ‘usahawan internet’

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

July 21st, 2010 Barizanif No comments

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Share/Save/Bookmark

Pakej Niagakit dari Team Flarebiz…

November 10th, 2008 barizanif No comments

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai Pakej yang ditawarkan oleh Team Flarebiz iaitu Pakej Niagakit. Pada pendapat saya, pakej ini adalah antara yang terbaik pernah ditawarkan oleh para otai IM. Pembinaan laman web yang berasaskan ecommerce bagi saya adalah antara halangan yang sangat berat untuk di atasi, mungkin juga bagi ramai lagi usahawan-usahawan yang baru berjinak-jinak dalam lapangan keusahawanan. Oleh itu, keputusan Team Flarebiz untuk melancarkan pakej niagakit ini adalah satu langkah tepat bagi membantu golongan yang kabur atau hampir buta internet.

Dengan adanya pakej Niagakit ini saya rasa tidak ada lagi alasan bagi usahawan baru untuk berjaya dalam perniagaan melalui internet. Satu momentum telah tercipta bagi menghasilkan lonjakan bagi meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia umumnya dan bagi orang Melayu khususnya. Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu satu pakej bernilai RM500 akan menjadi satu pelaburan yang akan melipat gandakan pendapatan anda hingga ke hari tua… Jadi, apa lagi yang kita perlu tunggu? Saya syorkan kepada rakan-rakan IM sekelian… dapatkan segera ‘lubuk emas’ dari Team Flarebiz ini, jangan sampai kita menyesal di kemudian hari…

Salam,

Barizanif.

(p.s. Untuk pengetahuan anda, saya juga telah tempah satu pakej. Sesiapa yang membeli pakej Niagakit melalui link saya, akan mendapat bonus yang paling istimewa!!!)

Share/Save/Bookmark

Kedamaian kampungku…

November 8th, 2008 barizanif No comments

kampungku1Anda pasti teruja apabila dapat pulang ke kampung halaman kan? Teringat zaman kanak-kanak dulu, main kejar-kejar, tarik upih, polis sentri dan macam-macam lagilah. Zaman tu lah yang paling best sekali saya rasa… kalau boleh kembali semula pada masa tu alangkah seronoknya : ) Anda juga pasti ada kenangan yang menyeronokkan pada zaman kanak-kanak kan?

Baru-baru ni, saya pulang ke kampung halaman… Tak banyak yang berubah, masih jugak macam dulu2. Terasa ketenangan menyelinap dalam jiwa.. Terfikir dalam hati, kalau dapat jadi usahawan internet sepenuh masa, mungkin saya akan terus menetap di kampung ja. Tak payah nak terkejar-kejar pagi2 nak pegi keja, terperangkap dalam jamm.. Oh alangkah seronoknya kalau tiap-tiap pagi dapat menghirup udara yang segar dan sejuk.. Tiba2 ja teringat tawaran dari Team Flarebiz iaitu Pakej Niagakit.. mungkin saya akan dapatkan satu pakej, buat bisnes part time jual barang-barang sukan… Lepas tu boleh la fikir nak resign hehehe.. Anda macam mana? Tak nak ke jalankan bisnes part time atau full time dalam internet. Moga2 impian saya untuk menetap di kampung sambil menjalankan bisnes di internet secara full time akan menjadi kenyataan.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark