Archive

Posts Tagged ‘pendapatan’

3 Langkah Wajib Untuk Menjana Pendapatan Di Internet…

January 23rd, 2009 Barizanif No comments

Berikut merupakan pendapat periadi saya dan sebarang penambahbaikan amat dialu-alukan.

1- Langkah pertama ialah memilih market yang betul bagi memasarkan produk anda. Jika anda ingin menjana pendapatan dari internet dengan cepat, anda hendaklah mensasarkan market yang betul dan menguntungkan. Ramai orang yang bermula dengan produk yang hebat tetapi mensasarkan kepada market yang salah dan mengakibatkan mereka agak sukar untuk menjana pendapatan.

2- Kedua, kaji apakah masalah dan kehendak market yang ingin anda sasarkan. Anda hendaklah menawarkan penyelesaian yang betul terhadap market anda. Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencipta produk sendiri, cukuplah sekadar mempromosikan produk affiliate. Oleh itu, pilihlah produk affiliate yang dapat membantu market anda menyelesaikan masalah mereka. Saya pasti, anda pasti akan tersenyum melihat akaun anda akan mula dilimpahi wang selepas itu.

3- Yang terakhir, sesuatu yang sangat penting dan utama, iaitu senarai email! Senarai email diibaratkan lombong emas bagi usahawan internet. Begitu juga kepada anda.. Dengan memiliki senarai email yang besar, pastilah ‘income’ anda juga besar. Oleh itu, saya sarankan kepada anda supaya tawarkan ‘produk percuma’ di dalam blog atau web anda menggunakan sistem autoresponder. Anda boleh menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau berbayar seperti Aweber atau Getresponse.  Akan tetapi jika anda inginkan supaya senarai email anda selamat dan terpelihara maka pilihlah autoresponder yang berbayar.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai sahabat…

salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

Selamat Tahun Baru dan Azam Baru..

January 3rd, 2009 barizanif No comments

Salam kepada semua pembaca Barizanif’s Blog…

Saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua.. Mood tahun baru masih lagi dirasai walaupun dah 3 hari kita menjengah ke tahun 2009. Jadi saya rasa sebahagian besar dari anda semua pasti ada berazam dengan azam2 baru, kan?

Tak ketinggalan jugak saya sendiri yang telah meletakkan beberapa sasaran untuk menjana pendapatan dari internet dengan lebih konsisten. Saya meletakkan matlamat untuk memperolehi pendapatan 5 angka menjelang hujung tahun ini, insyaAllah. Beberapa teknik yang telah saya praktikkan adalah hasil dari pembacaan ebook hasil nukilan beberapa IM berpengalaman dalam negara kita dan juga antarabangsa. Dan apa yang telah saya praktikkan tersebut telah menghasilkan pendapatan yang sangat menakjubkan! Saya sendiri tidak menyangka teknik2 dan rahsia2 yang telah saya pelajari dari para IM tersebut akan menghasilkan pendapatan yang sungguh mengujakan.. Rahsia2 dan teknik2 tersebut akan saya kongsikan dengan anda semua dalam post saya selepas ini, insyaAllah… Jadi tunggulah dengan sabar ye…InsyaAllah anda juga pasti akan memperolehi income seperti saya atau mungkin lebih!!

salam,
Barizanif

Share/Save/Bookmark