Archive

Posts Tagged ‘panduan’

eBay Lubuk Duit?

February 17th, 2009 Barizanif No comments

Baru-baru ni saya terbukak satu web dan kat web tu memang ada macam-macam iklan affiliate dan sebagainya. Akan tetapi saya tertarik dengan satu iklan yang memaparkan title “Panduan dan Teknik Rahsia eBay”. Mula tu rasa macam biasa ja, tapi bila tengok ayat… Menjual lebih 200 produk tanpa perlu menyimpan stok, saya mula tertanya-tanya. Macam mana boleh jual barang tanpa stok? Macam mustahil ja..

Dua, tiga hari lepas tu saya kembali semula ke laman tersebut. Akhirnya dengan perasaan was-was saya pun menghabiskan duit untuk membeli ebook tersebut.. Walaupun dah selesai baca ebook tu, hati saya masih ragu-ragu… Betul ke apa yang ditulis ni…Ntah-ntah cuma nak bagi laris jualan ja.

Alang-alang dah beli maka saya pun cuba la mempraktikkan apa yang dicadangkan oleh penulis tersebut iaitu Sifu-Lan.. Selepas tiga hari listing barang kat eBay, maka terhasillah jualan pertama saya berpandukan ebook Sifu-Lan tersebut. Macam tak caya ja.. Apa pun terima kasih sifu! Kat bawah ni saya sertakan bukti pendapatan saya dalam minggu lepas. Sedikit je la sebab listing pun tak banyak..

paypal

Kalau anda sedang mencari-cari teknik atau cara nak menjana income dari internet, saya syorkan supaya anda dapatkan ebook sifu-lan ni http://tinyurl.com/bz52au

salam,
Barizanif.

Share/Save/Bookmark

6 Cara Mengelakkan Pertengkaran Suami Isteri…

December 15th, 2008 barizanif No comments

Tip-tip yang penulis akan kongsikan juga sesuai untuk diaplikasikan dalam hubungan antara pasangan kekasih.

1-Jika pasangan anda melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan jangan terus marah. Cari masa yang tenang untuk menerangkan kesilapannya.

2-Jika ia satu kesilapan atau kerana terlupa ambil sikap memaafkannya.

3-Jika anda, tanpa mengira suami atau isteri, melakukan kesalahan atau kesilapan maka hendaklah segera memohon maaf kepada pasangan anda. Dalam hal ini terdapat suatu sikap yang tidak baik di kalangan segelintir suami yang mahukan isteri meminta maaf meskipun suami yang memulakan pergaduhan.

4-Jika pasangan anda sedang di dalam keadaan marah atau mengeluarkan perkataan yang provokatif jangan sekali-kali membalas dengan sikap dan perkataan yang dapat menambahkan lagi provokasinya.

5-Jika dengan secara tidak semena-mena pasangan anda telah melakukan sesuatu perkara yang dapat menyebabkan anda menjadi terlalu marah maka cuba kawal dahulu perasaan tersebut dengan cara menjauhkan diri darinya.

6-Segera berwuduk jika anda rasa tidak dapat lagi mengawal perasaan marah anda*.

*Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad.

P.S. (Artikel dari buku Kaunseling Perkahwinan menurut Perspektif Islam)

salam,
Barizanif.

Share/Save/Bookmark