Salam kepada semua usahawan internet…
Hari ni merupakan penghulu segala hari dimana semua umat Islam wajib menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid-masjid seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud: “Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang“.
Apa yang menarik di masjid tadi ialah terdapat beberapa orang jemaah yang mempunyai semangat budayaniaga yang progresif di mana mereka telah membuka gerai-gerai menjual produk-produk kesihatan dan buku-buku ilmiah sebelum bermulanya khutbah Jumaat. Walaupun mereka menjual berbagai produk yang mendapat sambutan yang baik dari jemaah yang lain, akan tetapi apabila tiba waktu solat, semua barang-barang tadi ditinggalkan tanpa sebarang jagaan… akan tetapi itulah yang termaktub di dalam ayat 9 surah al-Jumu’ah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah(sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Oleh itu, wahai sahabat-sahabat usahawan… walau macam mana maju pun perniagaan kita, janganlah sekali-kali kita lupakan Allah SWT kerana dialah Pemberi Rezeki. Wallahu’alam.
Salam,
Barizanif.
Categories: Pelaburan & Perniagaan Tags: Allah, budaya niaga, Fardhu, ilmiah, Jumaat, kesihatan, khutbah, menang, produk, progresif, rezeki
Malam tadi saya berpeluang menonton perlawanan bolasepak Barclays Premier League diantara Man Utd vs Stoke City. MU menang besar… 5 - 0. Apa yang saya nampak dalam perlawanan tersebut ialah semua pemain MU sangat bekerjasama, bersungguh-sungguh dan kreatif untuk memenangi game tersebut. Hasilnya mereka telah menang besar pada malam tadi.
Semangat yang telah ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson ternyata telah membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’.. dimana semangat yang demikianlah patut kita contohi tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda cemerlang adalah satu titik noktah yang dapat menghasilkan momentum yang sangat kuat bagi menggerakkan jasad fizikal kita menuju ke arah kejayaan yang gemilang.
Ramai orang yang hendak kaya dan berjaya dalam perniagaan mereka, tetapi adakah mereka telah menyediakan minda mereka ke arah itu? Jika hanya berangan-angan kosong dan goyang kaki sahaja maka mimpilah mereka untuk menjadi orang kaya atau usahawan yang berjaya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, jangan bertangguh lagi, tambah ilmu di dada, kreatif, inovatif dan yang terakhir… berserahlah pada Allah swt.
Salam,
Barizanif.
Categories: MyStory Tags: alex ferguson, Barclays, giggs, inovatif, kaya, kreatif, lumayan, Manchester United, menang, minda cemerlang, momentum, premier league, ronaldo, stoke city, Usahawan, wang
Recent Comments