Archive

Posts Tagged ‘Manchester United’

ManUtdMalaysiaFC.com cool…

August 27th, 2009 Barizanif 2 comments

Hah… tu dia! Akhirnya satu web yang dinanti-nantikan oleh para kipas susah mati (diehard fan) Manchester United di Malaysia telah pun muncul (dah lama dah, aku ja yang tak tau huhuhu). So kepada para peminat Man Utd yang budiman saya persilakan anda semua untuk lawati web tersebut kerana beberapa sebab-musabab…

1. dapat mengetahui maklumat terkini tentang aktiviti dan game Manchester United.

2. dapat menghubungkan hubungan silaturrahim sesama diehard fans.

3. dapat memberikan ulasan atau komen tentang game Man Utd.

4. boleh berforum…

5. dan banyak lagi huhuhu…

Jangan segan jangan malu sila-silakan diri anda ke http://www.manutdmalaysiafc.com

Share/Save/Bookmark

Man Utd Menang Besar…

November 15th, 2008 barizanif No comments

Malam tadi saya berpeluang menonton perlawanan bolasepak Barclays Premier League diantara Man Utd vs Stoke City. MU menang besar… 5 - 0. Apa yang saya nampak dalam perlawanan tersebut ialah semua pemain MU sangat bekerjasama, bersungguh-sungguh dan kreatif untuk memenangi game tersebut. Hasilnya mereka telah menang besar pada malam tadi.

Semangat yang telah ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson ternyata telah membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’.. dimana semangat yang demikianlah patut kita contohi tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda cemerlang adalah satu titik noktah yang dapat menghasilkan momentum yang sangat kuat bagi menggerakkan jasad fizikal kita menuju ke arah kejayaan yang gemilang.

Ramai orang yang hendak kaya dan berjaya dalam perniagaan mereka, tetapi adakah mereka telah menyediakan minda mereka ke arah itu? Jika hanya berangan-angan kosong dan goyang kaki sahaja maka mimpilah mereka untuk menjadi orang kaya atau usahawan yang berjaya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, jangan bertangguh lagi, tambah ilmu di dada, kreatif, inovatif dan yang terakhir… berserahlah pada Allah swt.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

Malaysia Kalah Lagi!

October 26th, 2008 barizanif No comments

Malam tadi saya stay kat rumah lepas selesai program kat Pusat Ko… sambil2 tu layan game Man Utd vs Everton, nampaknya seri la pulak… Game diorang pun macam hambar jek. Selesai game tu layan pulak Final Pestabola Merdeka, Malaysia vs Vietnam…hampeh! Boleh dikatakan 90% team Malaysia control game tp kalah penalti. Pada pendapat saya Malaysia ni bukan tak bagus, tp kekurangan striker yang ‘killer’.  Hantar je pemain2 yang berbakat tu timba pengalaman kat luar negara, abis cerita. Tu pendapat saya la, apa pula pendapat korang?

Salam,

Barizanif Read more…

Share/Save/Bookmark