Archive

Posts Tagged ‘IM’

Man Utd Menang Lagi…

January 12th, 2009 Barizanif 2 comments

man_utdMalam tadi layan game MU vs Chelsea.. Memang mendebarkan! Dan seperti yang diharap-harapkan, MU menang dengan 3 - 0. Hip! Hip! Hooray!

Lepas layan game, keluar makan jap ngan bung El… Borak2 pasal bisnes sampai pukul 4. Tido jap, pagi ni bangun jam 6 pegi keja. Fuh ngantuk betul ni! Mata pun dah berpinau… Macam mana pun ‘work must goes on’ kan.. jadi begitu la rutin seorang pekerja yang makan gaji. Hari2 mesti pegi keja, mulut2 kat umah nak kena isi. Bila la nak dapat ikut mcam Shuth tu, jadi full time IM. Mesti best, hari2 tak payah pikir nak pegi keja. Cuma lepak depan laptop dan jalankan bisnes dari umah jek. Apa pun langkah pertama saya dah mula, kedai online pertama yang dibina oleh Team Nagakit. Boleh check di sini: http://www.anggunkarya.com. Harap2 lepas ni boleh bina sendiri satu lagi web ecommerce, sekarang ni pun tengah belajar sikit2.

K lah, nak sambung tido keja jap. Sampai jumpa lagi.

salam,

Barizanif

Share/Save/Bookmark

Pakej Niagakit dari Team Flarebiz…

November 10th, 2008 barizanif No comments

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai Pakej yang ditawarkan oleh Team Flarebiz iaitu Pakej Niagakit. Pada pendapat saya, pakej ini adalah antara yang terbaik pernah ditawarkan oleh para otai IM. Pembinaan laman web yang berasaskan ecommerce bagi saya adalah antara halangan yang sangat berat untuk di atasi, mungkin juga bagi ramai lagi usahawan-usahawan yang baru berjinak-jinak dalam lapangan keusahawanan. Oleh itu, keputusan Team Flarebiz untuk melancarkan pakej niagakit ini adalah satu langkah tepat bagi membantu golongan yang kabur atau hampir buta internet.

Dengan adanya pakej Niagakit ini saya rasa tidak ada lagi alasan bagi usahawan baru untuk berjaya dalam perniagaan melalui internet. Satu momentum telah tercipta bagi menghasilkan lonjakan bagi meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia umumnya dan bagi orang Melayu khususnya. Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu satu pakej bernilai RM500 akan menjadi satu pelaburan yang akan melipat gandakan pendapatan anda hingga ke hari tua… Jadi, apa lagi yang kita perlu tunggu? Saya syorkan kepada rakan-rakan IM sekelian… dapatkan segera ‘lubuk emas’ dari Team Flarebiz ini, jangan sampai kita menyesal di kemudian hari…

Salam,

Barizanif.

(p.s. Untuk pengetahuan anda, saya juga telah tempah satu pakej. Sesiapa yang membeli pakej Niagakit melalui link saya, akan mendapat bonus yang paling istimewa!!!)

Share/Save/Bookmark