Archive

Posts Tagged ‘hukum riba’

Hikmah Diharamkan Riba!

July 12th, 2009 Barizanif No comments

Riba merupakan suatu perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT. Ini kerana di dalam riba terdapat unsur penipuan dan penindasan terhadap orang-orang yang memerlukan wang. Riba juga dapat memutuskan tali persaudaraan sesama muslim walhal Allah SWT memerintahkan agar setiap orang Islam agar menghubungkan silaturrahim sesama mereka dan juga membantu saudaranya yang di dalam kesusahan.

Tidak dapat diragukan lagi bahawa perbuatan riba itu sangat menjijikkan dan juga dapat mendatangkan bencana dan bahaya kepada masyarakat. Kita ambil contoh dimana sesebuah syarikat yang mengamalkan riba hanya akan mementingkan keuntungan syarikat semata-mata tanpa mengambil peduli akibatnya kepada para pelabur atau rakan kongsinya. Ini akan menyebabkan ekonomi dan masyarakat berada dalam ketidakstabilan dan kucar-kacir sehingga menimbulkan banyak gejala-gejala sosial seperti rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

Nyatalah di sini bahawa para pengamal riba ini adalah yang paling buruk keadaannya, martabatnya dan kehidupannya di dunia ini. Malah nasibnya di akhirat kelak adalah jauh lebih buruk dan sangat pedih azabnya. Walaupun banyak hartanya akan tetapi hatinya tak akan tenang, walaupun banyak wangnya tetapi hidupnya seperti orang fakir dan ingatlah bahawa janji Allah itu adalah benar belaka. Marilah sama-sama kita berdoa agar dijauhkan Allah daripada godaan riba yang sangat sesat lagi menyesatkan.

Share/Save/Bookmark