Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat
Sumber: http://www.zaharuddin.net
“Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini” Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.
“Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!” kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.
“Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak” Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.
Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?
Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.
Read more…










Recent Comments