Tips untuk mendapatkan backlink dengan mudah…

Apabila blog/web kita mempunyai backlink do follow yang banyak dari page-page (blog & web) yang mempunyai kekuatan PR yang tinggi maka sekaligus blog/web kita juga berkebarangkalian untuk memperolehi PR juga tinggi. Itu adalah salah satu dari kepentingan backlink yang paling utama.
Memang terdapat berbagai cara untuk menambah dan meningkatkan backlink kita, akan tetapi hari ni saya cuma nak kongsi satu tip mudah untuk mendapatkan backlink iaitu melalui forum.
Anda hanya perlu mendaftar di sebuah forum, masuk ke panel kawalan pengguna anda, dan kemudian masukkan hanya dua backlink di bahagian signature anda. Anda TIDAK perlu membuat post, hanya mendaftar dan menambah backlink di sig anda samada menggunakan HTML atau bbcode bergantung pada forum.
Setelah itu apabila lelabah merayap laman forum tersebut maka backlink anda akan ditemui dalam direktori keahlian.
Mudah bukan? Dan anda boleh meninggalkan ia begitu saja jika anda mahu.
Anda mungkin berfikir bahawa ini adalah spam, akan tetapi … ianya adalah di atas ’sempadan’. dan saya fikir ianya tidak salah kerana tiada siapa yang melihat link anda melainkan lelabah enjin carian sahaja.









Recent Comments