Archive

Posts Tagged ‘budaya niaga’

Budaya Niaga dalam Islam…

November 21st, 2008 barizanif No comments

Salam kepada semua usahawan internet…
Hari ni merupakan penghulu segala hari dimana semua umat Islam wajib menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid-masjid seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud: “Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang“.

Apa yang menarik di masjid tadi ialah terdapat beberapa orang jemaah yang mempunyai semangat budayaniaga yang progresif di mana mereka telah membuka gerai-gerai menjual produk-produk kesihatan dan buku-buku ilmiah sebelum bermulanya khutbah Jumaat. Walaupun mereka menjual berbagai produk yang mendapat sambutan yang baik dari jemaah yang lain, akan tetapi apabila tiba waktu solat, semua barang-barang tadi ditinggalkan tanpa sebarang jagaan… akan tetapi itulah yang termaktub di dalam ayat 9 surah al-Jumu’ah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah(sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”

Oleh itu, wahai sahabat-sahabat usahawan… walau macam mana maju pun perniagaan kita, janganlah sekali-kali kita lupakan Allah SWT kerana dialah Pemberi Rezeki. Wallahu’alam.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark