Archive

Posts Tagged ‘artikel’

Petua Memilih Pasangan Hidup..

October 24th, 2008 barizanif No comments

Baru2 ni ada seorang sahabat meminta pandangan saya mengenai bagaimana nak pilih pasangan hidup. Sahabat saya ni mempunyai ramai kawan perempuan, dan dalam ramai2 tu dia dah berkenan dengan 2 orang teman dia ni. So dia dah pening nak buat pilihan. Dia rasa dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2.. Emm kalau saya kat tempat dia pun memang serabut jugak lah hehehe…

Kebetulan semalam saya ada baca satu artikel yang ada kaitan dengan masalah sahabat saya ni, jadi kat sini saya nak kongsi la artikel tu yang bertajuk “Petua Memilih Pasangan Hidup”. Antara tip ingin memastikan pilihan terbaik yang membahagiakan dan berkekalan timbanglah faktor2 berikut:

1. Pasangan yang dapat mengenali hati budi masing2 akan lebih mempunyai peluang yang cerah untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

2. Pentingkan kebahagiaan hati sendiri sebelum mementingkan untuk menggembirakan orang lain sama ada ibu bapa atau orang lain yang mendesak kita berkahwin.

3. Keputusan yang dibuat biarlah berasaskan kerelaan diri disamping mendengar pendapat sahabat handai, kaum keluarga dan sanak saudara. Jangan sekali2 membiarkan dan menyerah bulat2 ke tangan orang lain dalam memilih pasangan hidup kita.

4. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak wajar terhadap pasangan kerana kemungkinan ia akan menjadi sebab utama bagi berlakunya perceraian. Ramai lelaki mahupun wanita yang memasuki alam perkahwinan menganggap bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka sedangkan itu tidak akan berlaku serentak kerana rumahtangga yang bahagia memerlukan banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

5. Jika terdapat ciri2 keperibadian dan tingkah laku pasangan yang menimbulkan persoalan- seperti perasaan kuat cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan sebagainya, tanyalah diri sendiri sama ada kita sanggup menghabiskan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Apatah lagi jika pasangan yang kita inginkan itu pernah menghadapi masalah penagihan dadah, kaki judi dan sebagainya. Semua ini perlu diselesaikan lebih awal sebelum perkahwinan itu berlaku kerana orang yang ingin kita kahwini mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri kita kelak. Maka sudah pasti ia akan menimbulkan banyak masalah.

6. Fikirkanlah dengan mendalam tentang berbagai2 faktor termasuk ketaatannya dalam agama, keterampilan diri, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Adalah teramat penting untuk mencari pasangan hidup yang bersifat seakan2 diri anda sendiri.

7. Pasangan perlu tahu sejauh mana kemampuan mereka menanam kepercayaan antara satu sama lain kerana sikap mempercayai membolehkan pasangan itu bertambah rapat pada waktu2 bahagia dan kekal teguh pada waktu2 mencabar apabila menghadapi kesukaran, pasangan itu tidak akan cemas.

8. Jika anda ingin memahami sifat psikologi pasangan anda, dalami perhubungan kekeluargaannya. Dengan memerhatikan cara pasangan kita berhubung dengan ibu bapanya kemungkinan kita boleh menggambarkan pembawaannya dalam rumahtangga kelak.

Ok lah setakat tu ja dulu yang dapat saya kongsikan dengan anda dan sahabat saya tu. Harap2 artikel ni akan memberikan panduan dan manfaat kepada kita dalam memilih pasangan hidup yang sehati sejiwa di dunia dan di akhirat… Aminnn…

Salam dari,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark