Archive

Posts Tagged ‘Allah’

Selamat Hari Raya AidilAdha…

December 7th, 2008 barizanif No comments

Salam kepada semua pembaca Barizanif’s blog…

Sedar tak sedar, kita dah nak sambut Hari Raya Korban lagi. Walaupun berlaku berbagai tragedi dan malapetaka yang diwar-warkan melalui media masa saban hari, akan tetapi kita hendaklah terus bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Korban banjir di negeri pantai Timur, tanah runtuh di Ulu Yam Perdana dan bukit Antarabangsa merupakan ujian daripada Allah terhadap hamba-hambaNya.. Jadi, seharusnya kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan telah berlaku. Janganlah kita yang menjadi punca kerosakan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir dan batin…

salam,
Barizanif

Share/Save/Bookmark

Budaya Niaga dalam Islam…

November 21st, 2008 barizanif No comments

Salam kepada semua usahawan internet…
Hari ni merupakan penghulu segala hari dimana semua umat Islam wajib menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid-masjid seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud: “Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang“.

Apa yang menarik di masjid tadi ialah terdapat beberapa orang jemaah yang mempunyai semangat budayaniaga yang progresif di mana mereka telah membuka gerai-gerai menjual produk-produk kesihatan dan buku-buku ilmiah sebelum bermulanya khutbah Jumaat. Walaupun mereka menjual berbagai produk yang mendapat sambutan yang baik dari jemaah yang lain, akan tetapi apabila tiba waktu solat, semua barang-barang tadi ditinggalkan tanpa sebarang jagaan… akan tetapi itulah yang termaktub di dalam ayat 9 surah al-Jumu’ah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah(sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”

Oleh itu, wahai sahabat-sahabat usahawan… walau macam mana maju pun perniagaan kita, janganlah sekali-kali kita lupakan Allah SWT kerana dialah Pemberi Rezeki. Wallahu’alam.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

Mencari Kematian Sendiri…

November 15th, 2008 barizanif No comments

Alkisah tersebut pada satu masa dahulu, terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai seekor kambing. Kambing itu cukup sempurna sifatnya lagi sihat dan montok. Pada suatu hari, mereka ingin menyembelih kambing tersebut untuk dibuat kenduri, akan tetapi mereka tidak mempunyai pisau atau parang untuk menyembelihnya.

Kambing tersebut sangat gelisah kerana dia menyedari akan di sembelih oleh kumpulan manusia tersebut. Dia berusaha untuk melepaskan diri dari ikatannya. Sambil itu, dia mencakar-cakar kakinya ke tanah. Dengan tidak semena-mena dia telah terkais satu objek yang panjang dan tajam yang berbentuk seakan-akan sebilah pisau. Apabila kumpulan manusia itu terlihat akan objek itu, maka dengan segera mereka mengambilnya.

Mereka berasa sangat gembira kerana apa yang dihajati telah diperolehi. Setelah itu, mereka pun menyembelih kambing itu. Salah seorang daripada kumpulan manusia itu telah berkata, “Kambing ini telah menentukan kematiannya dengan kukunya sendiri!” Demikianlah kisah ini menjadi tauladan kepada manusia hingga ke hari ini.

Seorang penyair pernah berkata:

Allah menetapkan bahawa kejahatan
akan membunuh pelakunya,
Dan sesungguhnya,
bahaya akan sentiasa mengelilingi pelaku kejahatan
Barang siapa menggali lubang,
hanya supaya orang terjerumus kedalamnya,
maka dia sendiri yang akan terjerumus ke dalam
lubang buatannya.

Share/Save/Bookmark