Archive

Posts Tagged ‘affiliate’

3 Langkah Wajib Untuk Menjana Pendapatan Di Internet…

January 23rd, 2009 Barizanif No comments

Berikut merupakan pendapat periadi saya dan sebarang penambahbaikan amat dialu-alukan.

1- Langkah pertama ialah memilih market yang betul bagi memasarkan produk anda. Jika anda ingin menjana pendapatan dari internet dengan cepat, anda hendaklah mensasarkan market yang betul dan menguntungkan. Ramai orang yang bermula dengan produk yang hebat tetapi mensasarkan kepada market yang salah dan mengakibatkan mereka agak sukar untuk menjana pendapatan.

2- Kedua, kaji apakah masalah dan kehendak market yang ingin anda sasarkan. Anda hendaklah menawarkan penyelesaian yang betul terhadap market anda. Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencipta produk sendiri, cukuplah sekadar mempromosikan produk affiliate. Oleh itu, pilihlah produk affiliate yang dapat membantu market anda menyelesaikan masalah mereka. Saya pasti, anda pasti akan tersenyum melihat akaun anda akan mula dilimpahi wang selepas itu.

3- Yang terakhir, sesuatu yang sangat penting dan utama, iaitu senarai email! Senarai email diibaratkan lombong emas bagi usahawan internet. Begitu juga kepada anda.. Dengan memiliki senarai email yang besar, pastilah ‘income’ anda juga besar. Oleh itu, saya sarankan kepada anda supaya tawarkan ‘produk percuma’ di dalam blog atau web anda menggunakan sistem autoresponder. Anda boleh menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau berbayar seperti Aweber atau Getresponse.  Akan tetapi jika anda inginkan supaya senarai email anda selamat dan terpelihara maka pilihlah autoresponder yang berbayar.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai sahabat…

salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark

USD1000 Hanya Dalam 24 Jam…

January 14th, 2009 Barizanif 1 comment

panduanfba2Fuh! Gempak betul tajuk kat atas tu.. hehehe. Sebenarnya USD1000 tu adalah modal untuk kita beriklan di laman web Facebook. Untuk pengetahuan sahabat2 yang belum mengetahui apa itu Facebook, ianya adalah satu laman web sosial sama seperti MySpace dan Tagged dan ianya mempunyai pengunjung yang sangat ramai. Disamping kita berkenal-kenalan dan mencari teman, kita juga boleh buat duit melalui laman Facebook ni.

Tiga hari lepas, saya dah beli ebook Panduan FBA tulisan Richie Ridzuan. Lepas saya baca dan kaji ebook tersebut, saya mula mempraktikkan teknik-teknik beliau dan saya dapati teknik-teknik yang disampaikan oleh saudara Richie memang sangat mudah dan berkesan. USD1000 tu memang tak boleh ditunaikan tetapi ianya digunakan untuk membayar kos pengiklanan ala-ala Google Adwords gitu. Dengan jumlah modal yang begitu besar pasti kita dapat mengiklankan produk kita atau produk affilite semaksimum mungkin dan menghasilkan jualan yang tinggi

Bagi sahabat2 yang masih mencari-cari cara untuk mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan, saya memang syorkan anda untuk dapatkan ebook tulisan Richie Ridzuan ni. Klik di sini http://tinyurl.com/96gavx. Saya pasti anda tidak akan menyesal dengan memiliki ebook ni.

salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark