Meh Sarapan Dulu…
Sebelum masuk keja hari ni, saya sempat singgah kat restoran mamak dulu. Order teh tarik dan roti telur banjir, emm memang masyuuk : ) Maklum la, dari malam tadi tak makan. Pagi ni apa lagi… bedal la hehehe.
Sarapan ni memang baik untuk kesihatan, sebab dengan bersarapan kita akan lebih bertenaga untuk melakukan pekerjaan yang melibatkan tenaga yang banyak.
Jikalau kita tidak mengambil sarapan pagi, risiko untuk gemuk dan mendapat penyakit jantung di kemudian hari adalah sangat tinggi. Kajian terbaru mendapati, individu yang tidak mengambil sarapan pagi selama lebih kurang 2 minggu atau lebih akan cenderung untuk mengambil makanan dengan lebih banyak pada waktu tengahari dan malam. Hasilnya, kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding bagi individu yang bersarapan pagi.
Bagi individu yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu kolesterol LDL lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis atau jantung akan menurun. Percaya atau tidak, dengan bersarapan pagi anda berkecenderungan untuk lebih kurus dan langsing.
Haa.. jadi apa tunggu lagi.. Pi la sarapan dulu, mana tau seminggu dua lagi boleh kurus hahaha..
Salam,
Barizanif.
(P.S. Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung.)









Recent Comments