Etiket Pakaian IM?

Pakaian sememangnya memainkan peranan yang penting jika seseorang itu ingin berjaya dalam apa jua bidang, temasuklah bidang jualan. Tanpa pakaian yang sesuai, kredibiliti dan profesionalisme seseorang jurujual itu akan terjejas… Jadi apakah pakaian yang sesuai?
Sebenarnya, ia bergantung kepada banyak faktor seperti bidang dalam kerjaya jualan atau pemasaran, budaya korporat syarikat dan pelanggan yang disasarkan:
1. Jika kita menjual produk kewangan seperti saham amanah dan takaful atau insurans, sebaik-baiknya kita memakai pakaian yang konservatif, iaitu kemeja dengan sut yang lengkap dan warna sut perlu gelap.
2. Jika anda menjual produk bukan kewangan seperti hartanah, buku dan peralatan komputer, tidak perlu memakai sut yang lengkap. Cukup sekadar berkemeja dan mengenakan tali leher. Elakkan daripada menggunakan tali leher yang mempunyai gambar kartun dan sebagainya. Ia perlulah tali leher yang konservatif dan kelihatan profesional.
3. Jika anda menjual barangan yang bersifat artistik seperti lukisan, kaset atau apa-apa barangan yang berkaitan dengan hiburan, anda boleh berpakaian bebas sedikit. Namun begitu, perlu kemas.
4. Dan…. jika anda seorang IM, ikut suka anda la nak pakai apa pun… LU PIKIAQ LA SENDIRI! (Bak kata Nabil) hehehe…










Recent Comments