6 Cara Mengelakkan Pertengkaran Suami Isteri…
Tip-tip yang penulis akan kongsikan juga sesuai untuk diaplikasikan dalam hubungan antara pasangan kekasih.
1-Jika pasangan anda melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan jangan terus marah. Cari masa yang tenang untuk menerangkan kesilapannya.
2-Jika ia satu kesilapan atau kerana terlupa ambil sikap memaafkannya.
3-Jika anda, tanpa mengira suami atau isteri, melakukan kesalahan atau kesilapan maka hendaklah segera memohon maaf kepada pasangan anda. Dalam hal ini terdapat suatu sikap yang tidak baik di kalangan segelintir suami yang mahukan isteri meminta maaf meskipun suami yang memulakan pergaduhan.
4-Jika pasangan anda sedang di dalam keadaan marah atau mengeluarkan perkataan yang provokatif jangan sekali-kali membalas dengan sikap dan perkataan yang dapat menambahkan lagi provokasinya.
5-Jika dengan secara tidak semena-mena pasangan anda telah melakukan sesuatu perkara yang dapat menyebabkan anda menjadi terlalu marah maka cuba kawal dahulu perasaan tersebut dengan cara menjauhkan diri darinya.
6-Segera berwuduk jika anda rasa tidak dapat lagi mengawal perasaan marah anda*.
*Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad.
P.S. (Artikel dari buku Kaunseling Perkahwinan menurut Perspektif Islam)
salam,
Barizanif.









Recent Comments