3 Langkah Wajib Untuk Menjana Pendapatan Di Internet…
Berikut merupakan pendapat periadi saya dan sebarang penambahbaikan amat dialu-alukan.
1- Langkah pertama ialah memilih market yang betul bagi memasarkan produk anda. Jika anda ingin menjana pendapatan dari internet dengan cepat, anda hendaklah mensasarkan market yang betul dan menguntungkan. Ramai orang yang bermula dengan produk yang hebat tetapi mensasarkan kepada market yang salah dan mengakibatkan mereka agak sukar untuk menjana pendapatan.
2- Kedua, kaji apakah masalah dan kehendak market yang ingin anda sasarkan. Anda hendaklah menawarkan penyelesaian yang betul terhadap market anda. Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencipta produk sendiri, cukuplah sekadar mempromosikan produk affiliate. Oleh itu, pilihlah produk affiliate yang dapat membantu market anda menyelesaikan masalah mereka. Saya pasti, anda pasti akan tersenyum melihat akaun anda akan mula dilimpahi wang selepas itu.
3- Yang terakhir, sesuatu yang sangat penting dan utama, iaitu senarai email! Senarai email diibaratkan lombong emas bagi usahawan internet. Begitu juga kepada anda.. Dengan memiliki senarai email yang besar, pastilah ‘income’ anda juga besar. Oleh itu, saya sarankan kepada anda supaya tawarkan ‘produk percuma’ di dalam blog atau web anda menggunakan sistem autoresponder. Anda boleh menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau berbayar seperti Aweber atau Getresponse. Akan tetapi jika anda inginkan supaya senarai email anda selamat dan terpelihara maka pilihlah autoresponder yang berbayar.
Jadi fikir-fikirkanlah wahai sahabat…
salam,
Barizanif.









Recent Comments