Post barang Ebay ke UK..

January 16th, 2010 Barizanif 2 comments


Hari ni banyak skit keja nak disettlekan. Nak packing barang2 yang customer order dari Mudah dan Ebay. Alhamdulillah dalam minggu ni dapat la dalam 4, 5 ratus RM. Ok la tu heheh… Shipping barang ni ke UK cuma RM26++ je setiap bungkusan.. untung banyak lagi tu.. yang penting research mau mantap hehehe…

Share/Save/Bookmark

2010 Tahun Ekonomi Lembap..

January 6th, 2010 Barizanif No comments

Sedar tak sedar, dah 6 hari kita berada dalam tahun 2010. Ramai pakar ekonomi menganalisis tahun ni merupakan tahun yang mana ekonomi dunia bakal berhadapan dengan krisis kelembapan.. Apa yang dapat kita lakukan dengan pendapatan yang kita dapat sekarang ni jika nak dibandingkan dengan harga barangan yang terus-menerus naik. Baru-baru ni kerajaan telah ‘menghadiahkan’ kenaikan harga gula kepada kita. Kita hanya mampu berjimat dan terus berjimat.

Apa yang pasti masih ada jalan untuk kita membebaskan diri kita dari beban kewangan yang serius dengan berbagai cara yang jika kita sedar tidak lah terlalu sukar, kerana ianya tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang terlalu besar selain tidak perlu bekerja keras. Dengan melibatkan diri kita dengan komuniti internet, sumber menjana pendapatan adalah sangat luas. Akan tetapi dengan syarat kita mestilah komited dan fokus terhadap bidang yang kita ceburi.. contohnya eBay, Mudah.my, GDI dan lain-lain. InsyaAllah jika kita memilih bidang yang betul dan kita fokus terhadapnya pasti $$$ dalam tangan anda. Walaupun untuk permulaan tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan beban kita.

Share/Save/Bookmark

GDI satu peluang untuk kita…

November 2nd, 2009 Barizanif No comments

Jana Pendapatan Sekarang!

Salam kepada semua pembaca/pelawat barizanif.com.. Baru-baru ni saya telah terbaca mengenai bisnes yang rasanya makin popular di Malaysia iaitu GDI atau Global Domain International. Rasanya mungkin anda juga ada terdengar atau terbaca mengenai GDI sebelum ini. Apa yang nak saya kongsikan ialah bisnes ni ditubuhkan pada tahun 1999. GDI memperkenalkan/menawarkan “Pendapatan Tanpa Had” kepada ahli GDI. GDI dipercayai oleh orang ramai, sehingga mereka telah dipilih sebagai Syarikat yang paling cepat berkembang dan berada di tangga ke 37 dalam 500 syarikat di United States (Di-pilih oleh INC). GDI mempunyai ‘revenue’ sebanyak RM38 juta dan tiada hutang (Debts Free). GDI ni merupakan penyedia domain dan hosting dan memang itulah core business diorang.

*Untuk Pengetahuan Anda, Domain & Hosting adalah satu komponen yang penting dalam pembikinan sesuatu website. Jika tiada Domain & Hosting, tiadalah sesebuah website. Jadi adakah ia satu benda yang penting dan adakah ia dapat menjamin kewangan kita semua? Ya sudah tentu.

Aplikasi Kuasa 10 Dalam GDI

Bonus komisyen Unilevel adalah 10% iaitu USD1. Ini bermakna untuk balik modal, anda semua hanya perlu mencari 10 Rakan Niaga. Begitu juga dengan rakan anda yang lain, mereka akan Copycat langkah anda untuk balik modal. GDI membayar bonus hingga Level ke 5. Kita lihat betapa hebatnya Kuasa 10.

Level 0 : Anda sertai GDI
Level 1 : Anda ajak 10 Rakan Niaga
Level 2 : 10 ajak 10 = 100 Rakan Niaga
Level 3 : 100 ajak 10 = 1,000 Rakan Niaga
Level 4 : 1,000 ajak 10 = 10,000 Rakan Niaga
Level 5 : 10,000 ajak 10 = 100,000 Rakan Niaga

Total = 111,110 Rakan Niaga @ USD111,110 @ RM388,885 TIAP2 BULAN dengan hanya
semua orang mencari 10 Rakan Niaga untuk balik modal. Rasanya tak susah nak cari 10 orang yang umur 18 tahun & ada kad kredit @ kad debit kerana modalnya hanyalah USD10.  Betapa lumayannya potensi pendapatan dengan hanya bantu rakan kita balik modal.

Itulah serba sikit yang saya tau mengenai GDI ni. Jika anda berminat untuk mencari peluang untuk mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik di sinilah tempatnya.

http://tinyurl.com/ycz9sn7

Share/Save/Bookmark

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

October 6th, 2009 Barizanif No comments

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Share/Save/Bookmark

Bina Minat Melalui Mesej Autoresponder…

October 2nd, 2009 Barizanif No comments

Jika anda menggunakan autoresponder untuk memasarkan produk atau perkhidmatan affiliate anda, pastikan yang anda berhati-hati di dalam berhubung dengan prospek anda.

Tidak ramai orang yang suka untuk disuruh membeli secara terus. Dalam kebanyakkan keadaan, prospek tersebut perlu mendengar pesanan atau maklumat anda pada purata 7 kali sebelum mereka mempunyai keinginan untuk membeli. Bagaimana anda boleh melakukan ini dengan bantuan autoresponder?

Sebenarnya amat mudah kerana perisian autoresponder sudah dihasilkan untuk memudahkan kerja anda. Di dalam dunia internet, amat sukar untuk anda menghubungi prospek anda secara konsisten tanpa bantuan perisian autoresponder.

Ramai affiliate marketer yang melakukan kesalahan dengan terus menerus memberikan pujukan untuk membeli kepada prospek bermula dari email pertama mereka. Cara ini tidak akan berhasil!

Anda perlu membina minat prospek secara berperingkat. Mulakan dengan memberikan maklumat yang berguna - iaitu maklumat yang dapat memberikan pengetahuan kepada pembaca mengenai topik yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.

Di bahagian bawah email tersebut, sertakan pautan affiliate anda ke produk atau perkhidmatan tersebut. Fokuskan email pertama anda kepada masalah yang boleh diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan tersebut tanpa mendedahkannya dengan terlalu banyak.

Binalah daripada sana, dan dalam email-email yang seterusnya, kongsikanlah lebih banyak maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang anda promosikan. Pastikan anda menjelaskan kelebihan-kelebihannya kepada pembaca anda. Hanya di dalam email terakhirlah anda memberikan penumpuan sepenuhnya kepada menjual produk
atau perkhidmatan tersebut kepada pembaca anda.

Cara pemasaran seperti ini merupakan satu seni dan akan mengambil masa untuk anda mempelajarinya dengan baik. Pelajari cara bagaimana affiliate marketer lain menghantar email mereka dan aplikasikan strategi-strategi baik yang mereka gunakan. Asalkan anda tidak meniru 100%, maka tiada masalah untuk anda mengikuti cara orang lain mempromosi.

Ingat, jangan terus menjual kepada prospek anda. Ambillah sedikit masa untuk mendidik mereka mengenai kelebihan produk dan perkhidmatan yang anda promosikan kepada mereka. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersedia untuk membeli apabila tiba masanya anda menyuruh mereka untuk membeli!

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com

Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009…

September 23rd, 2009 Barizanif 2 comments

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog barizanif,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir dan Batin jika ada salah dan silap dalam tutur kata mahupun coretan dalam blog ni.. Alhamdulillah Allah swt masih mengizinkan kita merayakan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Semoga dengan rahmat yang Allah swt telah kurniakan kepada kita, maka wajiblah kita bersyukur dan insaf dengan apa yang kita nikmati selama ini.

Jika nak dibandingkan dengan apa yang dirasai oleh saudara-saudara seagama dengan kita di Palestin, Iraq, Selatan Thailand dan lain-lain maka patutlah kita mensyukuri apa yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita di Malaysia ni. Apa yang lebih penting adalah kita mesti bersatu padu dan bekerjasama dalam membangun dan mempertahankan negara kita daripada segala ancaman dan bahaya.

Selain itu, janganlah kita lupakan insan-insan yang tidak bernasib baik disekeliling kita… Masih ramai insan-insan yang miskin, kurang upaya dan sebagainya yang mengharapkan pertolongan kita. Sumbangkanlah kepada mereka mengikut kemampuan kita. Janganlah lupa bahawa mungkin pada suatu hari kita akan berada di tempat mereka dan sebaliknya mereka mungkin ada di tempat kita…

Sekian sahaja coretan untuk kali ini.. semoga kita dipanjangkan umur dan murah rezeki..aminnn.

Share/Save/Bookmark