Home > MyStory, Petua/Tips > Panduan Didik Anak….

Panduan Didik Anak….

Nah.. Ini dia ebook yang saya nanti-nantikan selama ni. Saya dah tak pening kepala lagi macam mana nak bagi anak saya didikan yang terbaik agar menjadi anak yang baik. Walaupun saya baru dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel (macam ummi dia kot hehe),  tapi macam-macam karenah mereka yang membuatkan saya dan ummi mereka tak dapat rehat yang secukupnya setiap hari.

Si kakak yang suka mengusik adik, bergaduh, tak mahu dengar arahan, suka menyepahkan barang-barang dalam rumah dan macam-macam lagi merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh kami suami isteri. Kadang-kadang terasa macam dah tak tahu nak buat apa lagi, rasa macam nak biarkan dan buat tak tahu je..tapi tak boleh la kan…sebab anak-anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mesti mencorakkan mereka.

Tapi macam mana kami nak mencorakkan mereka? Apakah teknik dan tips yang perlu kami ikuti? Dan pada hari ni saya dah jumpa penyelesaiannya… sebuah ebook hasil tulisan Puan Suhaila Abu Kassim iaitu Panduan Mendidik Anak. Ebook ini bagi saya hampir lengkap bagi setiap ibu bapa dan juga bakal ibu dan bapa.

Anatara bab-bab yang terdapat dalam ebook tersebut ialah:

Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak

Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak

Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak

Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak

Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak

Dalam setiap bab, Puan Suhaila telah menerangkannya dengan lebih terperinci.. Jadi bagi anda yang mempunyai anak kecil yang berusia sekitar 1 hingga 6 tahun saya syorkan ada miliki ebook ini sebagai panduan bagi anda dalam usaha mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Share/Save/Bookmark

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.