Kilim Geoforest Park
Anda pernah ke Pulau Langkawi? Pastinya ramai yang dah sampai kat sana kan? Memang best dan enjoy kalau dapat menghabiskan cuti kat sana.
Semalam saya berpeluang menjejakkan kaki kat Pulau Langkawi, pulau lagenda Mahsuri. Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca di sini ialah salah satu tempat yang menarik di situ, Kilim Geoforest Park. Ia terletak di bahagian timur Pulau Langkawi dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang sangat menarik. Pemandangan yang sungguh menakjubkan dapat dilihat dengan gabungan sumber lanskap dan keadaan geologi, lautan, pantai-pantai dan juga sebahagian paya bakau yang dihuni oleh flora dan fauna.
Gua-gua yang wujud di situ dan kawanan helang yang menghuni ekosistem di Kilim Geoforest Park turut menyumbang kepada lagenda dan misteri Pulau Langkawi.
Saya cadangkan kepada anda yang mempunyai niat untuk bercuti, lawatilah Kilim Geoforest park kerana pengalaman yang anda akan lalui adalah tidak ternilai. Selain daripada melawat di sekitar ekosistem tersebut anda juga boleh menenangkan fikiran daripada segala keserabutan minda dek penangan bisnes internet dan sebagainya! Adios…
Salam,
Barizanif.









Kalo saya nak pegi langkawi naik basikal nak wat camne bang?