Home > My Picture, Pelaburan & Perniagaan > Minisite Template untuk WP Percuma…

Minisite Template untuk WP Percuma…

Pada post kali ni saya ingin berkongsi dengan anda satu template percuma untuk digunakan dalam Wordpress yang telah disediakan oleh sahabat saya iaitu saudara Hidayat.

Terdapat banyak kelebihan-kelebihan sekiranya minisite diintegrasikan dengan Wordpress dan di antaranya ialah

1. Wordpress merupakan perisian yang user-friendly dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

2. Wordpress adalah sangat mesra SEO kerana strukturnya yang teratur dan google gemar mengindeks blog yang berasaskan Wordpress berbanding yang lain. Sekiranya anda pandai dalam SEO, ia menjadi satu kelebihan untuk anda.

3.Wordpress juga mempunyai banyak plugin-plugin yang berguna dan sesuai untuk diintegrasikan dengan sistem minisite.

Pada awalnya anda mungkin memikirkan bahawa Minisite theme untuk Wordpress adalah melecehkan. Hakikatnya ia tidak begitu. Sekiranya anda pernah berblogging menggunakan Wordpress anda akan melihat potensinya tiada batas!

Sahabat saya hidayat aka Madno baru sahaja melancarkan produk barunya iaitu Ministe Template untuk Wordpress dan untuk makluman anda ia diberikan secara percuma! Mungkin sahabat saya Madno bermurah hati kerana Ramadhan yang sudah hampir tiba.

Anda juga boleh join program PPL yang baru sahaja dilancarkan. Anda cuma perlu promosikan link affiliate tersebut dan setiap download yang terhasil anda akan mendapat RM0.50. Anggaplah ia sebagai duit Raya sempena Ramadhan yang bakal menjelma nanti.

Untuk download sila klik kat sini => Minisite Template WP Percuma

Selamat Mempromosi!

Share/Save/Bookmark

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.