Home > Kisah Teladan, My Products, MyStory > Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009…

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog barizanif,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir dan Batin jika ada salah dan silap dalam tutur kata mahupun coretan dalam blog ni.. Alhamdulillah Allah swt masih mengizinkan kita merayakan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Semoga dengan rahmat yang Allah swt telah kurniakan kepada kita, maka wajiblah kita bersyukur dan insaf dengan apa yang kita nikmati selama ini.

Jika nak dibandingkan dengan apa yang dirasai oleh saudara-saudara seagama dengan kita di Palestin, Iraq, Selatan Thailand dan lain-lain maka patutlah kita mensyukuri apa yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita di Malaysia ni. Apa yang lebih penting adalah kita mesti bersatu padu dan bekerjasama dalam membangun dan mempertahankan negara kita daripada segala ancaman dan bahaya.

Selain itu, janganlah kita lupakan insan-insan yang tidak bernasib baik disekeliling kita… Masih ramai insan-insan yang miskin, kurang upaya dan sebagainya yang mengharapkan pertolongan kita. Sumbangkanlah kepada mereka mengikut kemampuan kita. Janganlah lupa bahawa mungkin pada suatu hari kita akan berada di tempat mereka dan sebaliknya mereka mungkin ada di tempat kita…

Sekian sahaja coretan untuk kali ini.. semoga kita dipanjangkan umur dan murah rezeki..aminnn.

Share/Save/Bookmark

  1. September 24th, 2009 at 11:21 | #1

    Assalamualaikum…
    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari pp sekeluarga kpd b.cik sekeluarga..jgn lupa lawati http://www.rayyanservices.weebly.com ..terima kasih…

    • September 28th, 2009 at 11:45 | #2

      Waalaikumussalam, Selamat hari raya aidilfitri jgk dr bang chik sekeluarga… InsyaAllah bang chik akan syorkan kat kawan2 pi melawat web pipi tu..

  1. No trackbacks yet.