Jika anda menggunakan autoresponder untuk memasarkan produk atau perkhidmatan affiliate anda, pastikan yang anda berhati-hati di dalam berhubung dengan prospek anda.
Tidak ramai orang yang suka untuk disuruh membeli secara terus. Dalam kebanyakkan keadaan, prospek tersebut perlu mendengar pesanan atau maklumat anda pada purata 7 kali sebelum mereka mempunyai keinginan untuk membeli. Bagaimana anda boleh melakukan ini dengan bantuan autoresponder?
Sebenarnya amat mudah kerana perisian autoresponder sudah dihasilkan untuk memudahkan kerja anda. Di dalam dunia internet, amat sukar untuk anda menghubungi prospek anda secara konsisten tanpa bantuan perisian autoresponder.
Ramai affiliate marketer yang melakukan kesalahan dengan terus menerus memberikan pujukan untuk membeli kepada prospek bermula dari email pertama mereka. Cara ini tidak akan berhasil!
Anda perlu membina minat prospek secara berperingkat. Mulakan dengan memberikan maklumat yang berguna - iaitu maklumat yang dapat memberikan pengetahuan kepada pembaca mengenai topik yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.
Di bahagian bawah email tersebut, sertakan pautan affiliate anda ke produk atau perkhidmatan tersebut. Fokuskan email pertama anda kepada masalah yang boleh diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan tersebut tanpa mendedahkannya dengan terlalu banyak.
Binalah daripada sana, dan dalam email-email yang seterusnya, kongsikanlah lebih banyak maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang anda promosikan. Pastikan anda menjelaskan kelebihan-kelebihannya kepada pembaca anda. Hanya di dalam email terakhirlah anda memberikan penumpuan sepenuhnya kepada menjual produk
atau perkhidmatan tersebut kepada pembaca anda.
Cara pemasaran seperti ini merupakan satu seni dan akan mengambil masa untuk anda mempelajarinya dengan baik. Pelajari cara bagaimana affiliate marketer lain menghantar email mereka dan aplikasikan strategi-strategi baik yang mereka gunakan. Asalkan anda tidak meniru 100%, maka tiada masalah untuk anda mengikuti cara orang lain mempromosi.
Ingat, jangan terus menjual kepada prospek anda. Ambillah sedikit masa untuk mendidik mereka mengenai kelebihan produk dan perkhidmatan yang anda promosikan kepada mereka. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersedia untuk membeli apabila tiba masanya anda menyuruh mereka untuk membeli!
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com
Recent Comments