Archive

Archive for the ‘MyStory’ Category

Kemalangan…

June 16th, 2009 Barizanif No comments

Malam tadi saya mendapat call dari kampung pasal adik ipar saya mengalami kemalangan. Kecederaannya agak parah dan sekarang beliau berada di bahagian ICU Hospital Taiping. Setelah imbasan dilakukan doktor bagitau yang sebahagian otaknya telah lebam dan beliau telah kehilangan banyak darah. Memang menyedihkan kerana baru2 ni saya jumpa beliau yang memang sentiasa ceria tup2 malam td beliau terlibat dengan kemalangan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Motor beliau juga dikatakan rosak teruk.

Dalam pukul 4.00 jap lg saya nak bertolak dari umah ke Hospital Taiping. Saya harap beliau akan sembuh dan sihat seperti sediakala. Marilah sama2 kita doakan kesihatannya pulih.

Share/Save/Bookmark

Guru Juga Adalah Usahawan?

March 11th, 2009 Barizanif 2 comments

Baru-baru ni saya telah mengadiri satu siri keusahawanan di sebuah hotel terkemuka di utara tanahair. Dalam seminar tersebut penceramah membentangkan mengenai tip2 keusahawanan dan teknik-teknik yang perlu diamalkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dalam pada itu, saya terfikir mengenai kerjaya saya selama ni, iaitu guru… Adakah guru juga perlu memiliki sifat-sifat keusahawanan? Mungkin ya… Mari kita kaji faktor-faktor berikut…

Perhubungan adalah faktor utama.
Pelanggan tidak akan membeli barangan daripada penjual yang tidak disukainya. Jurujual yang tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggannya pasti akan gagal.

Guru juga memiliki pelanggan, iaitu pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan masyarakat setempat. Sekiranya dia tidak disukai atau dihormati oleh pelanggannya, dia juga akan gagal, sama seperti jurujual itu. Oleh itu, guru juga perlu mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelanggannya supaya ‘barangan yang dijualnya’, iaitu ilmu yang hendak disalurkan itu diminati lalu ‘dibeli’ oleh pelanggannya.

Pemasaran dalam perniagaan adalah penting.
Perniagaan yang berjaya sebenarnya berpunca daripada pelaksanaan bahagian pemasaran yang berkesan. Mereka berjaya mempromosikan barangan dan perkhidmatan sehingga memberikan kesan yang mendalam kepada pelanggan mereka. Slogan, moto, iklan dan sebagainya merupakan antara faktor penting untuk memikat pelanggan.

Bagi guru pula, kemahiran untuk merangsang (motivasi) pelajar adalah sangat penting untuk menjadi guru yang berkesan dan berjaya. Sekiranya guru tersebut berjaya mempromosikan ‘produknya’ dengan berkesan melalui bahan bantu mengajar dan sebagainya, minat pelanggan terhadap pengajarannya akan bertambah mendalam.

Usahawan perlu bersedia untuk menerima perubahan.
Dalam tahun 1979, terdapat beberapa orang pegawai eksekutif teknikal yang berpendapat bahawa idea untuk mencipta komputer peribadi yang dapat digunakan secara berleluasa di rumah adalah sesuatu yang tidak praktikal. Apakah yang terjadi kepada mereka sekarang?

Guru sentiasa berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekiranya guru tidak dapat menerima perubahan-perubahan itu, mereka juga akan gagal. Misalnya penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kegagalan adalah permulaan untuk menempa kejayaan.
Thomas Edison, orang yang pertama mencipta lampu dan projektor pernah berkata,”Saya sebenarnya tidak gagal, tetapi saya telah menemui 10 ribu cara yang tidak menjadi.” Semangat yang adventurous seperti itu amat penting dimiliki dan diamalkan oleh usahawan yang ingin berjaya kerana dengan semangat seperti itulah akan terhasil produk dan perkhidmatan yang terbaik.

Guru juga sudah pasti perlu mengamalkan beberapa pendekatan, kaedah dan teknik yang telah dikenalpasti sebagai yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi, guru juga tidak sepatutnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru dengan membuat penyelidikan dan kajian sendiri. Setiap teknik mengajar yang dilaksanakan harus dinilai sendiri menurut kesesuaian dan seterusnya membuat sesuatu perubahan atau penambahbaikan yang difikirkan perlu.

Perancangan dan perbincangan.
Seterusnya, penceramah bercerita tentang pelakon terkenal Jim Carrey yang gigih membuat latihan sendiri dan sering berbincang dengan rakan-rakan sehingga berjaya memikat penonton dengan telatahnya yang agak unik dan melucukan. Begitu juga bagi usahawan. Mereka perlu menyertai dan merancang perjumpaan untuk berbincang tentang kehendak-kehendak pelanggan mereka.

Guru juga demikian, dimana mereka sentiasa mengadakan sumbang saran dan perjumpaan untuk memenuhi kehendak ‘pelanggan-pelanggan’ mereka. Guru yang berjaya sanggup meluangkan masa untuk menulis surat, emel, sms atau menelefon pelanggan mereka untuk berkongsi sesuatu demi kebaikan pelanggan. Kaum guru juga kerap mengorbankan masa rehat hujung minggu untuk melakukan sesuatu demi mencapai cita-cita pelanggan.

Bimbing pelanggan. Jangan mendesak.
Antara komen penceramah yang paling menarik adalah tentang hubungan antara majikan dengan kakitangan. Majikan yang berjaya dalam perniagaannya merupakan majikan yang tahu mengeksploitasikan keupayaan orang-orang dibawahnya secara maksimum.

Bagi pihak pengurusan sekolah pula, pengetua atau guru besar yang cemerlang adalah mereka yang tahu menggunakan kekuatan setiap guru di bawahnya, bukan mencari-cari kelemahan mereka semata-mata. Malahan, pengurus sekolah yang baik juga sentiasa membantu guru-gurunya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan yang sedia ada. Disamping itu, guru-guru juga sentiasa prihatin dan membimbing serta memberikan ransangan kepada pelajar-pelajar di bawah mereka untuk terus maju dalam sesuatu bidang dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar. Misalnya bakat dalam seni, sukan, akademik dan sebagainya….

Share/Save/Bookmark

Categories: MyStory Tags:

Muncul Kembali…

February 14th, 2009 Barizanif No comments

Alhamdulillah, akhirnya beban tugas yang dipikul sebelum ni dapat ditunaikan dengan jayanya.. Setelah lama blog ni tiada entri baru maka hari ni saya kembali dengan semangat yang berkobar-kobar.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, saya sangat sibuk dengan tugas2 yang diamanahkan oleh ketua jabatan selama ni… hinggakan tidak dapat nak menumpukan kepada blog ini. Akhirnya setelah dapat menyelesaikan tugas2 tersebut dengan jayanya, dapatlah saya kembali berkongsi dengan anda informasi terkini dan seksi sensasi… Oh! Untuk pengetahuan anda juga, saya sedang berdebar menunggu kelahiran cahayamata yang kedua. Kalau ikut due date yang diberikan oleh doktor, berkemungkinan baby akan deliver pada pertengahan bulan Mac ni. Tolong doakan semuanya selamat k.. :)

Salam,
Barizanif

Share/Save/Bookmark

Categories: MyStory Tags: , , , , , ,

Penukaran URL berjaya…

January 6th, 2009 Barizanif No comments

Salam kepada semua pembaca,

Alhamdulillah sempena tahun 2009 ni, saya dah berjaya meng’upgrade’kan lagi blog ni kepada barizanif.com…. Kalau pada tahun lepas saya cuma mampu membuka akaun percuma untuk blog ni, kini saya dah mampu untuk menggunakan dot .com.. Satu perkembangan yang baik dalam usaha saya mencapai azam pada tahun ni. Semoga apa yang saya impikan akan menjadi kenyataan, insyaAllah. So, lapang-lapangkanlah masa anda melawat blog ini dan sama-sama kita berkongsi maklumat.

salam

Barizanif.

P.S. Follow saya dalam Twitter http://www.twitter.com/barizanif

Share/Save/Bookmark

Categories: MyStory Tags: , , , , , ,

Selamat Tahun Baru dan Azam Baru..

January 3rd, 2009 barizanif No comments

Salam kepada semua pembaca Barizanif’s Blog…

Saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua.. Mood tahun baru masih lagi dirasai walaupun dah 3 hari kita menjengah ke tahun 2009. Jadi saya rasa sebahagian besar dari anda semua pasti ada berazam dengan azam2 baru, kan?

Tak ketinggalan jugak saya sendiri yang telah meletakkan beberapa sasaran untuk menjana pendapatan dari internet dengan lebih konsisten. Saya meletakkan matlamat untuk memperolehi pendapatan 5 angka menjelang hujung tahun ini, insyaAllah. Beberapa teknik yang telah saya praktikkan adalah hasil dari pembacaan ebook hasil nukilan beberapa IM berpengalaman dalam negara kita dan juga antarabangsa. Dan apa yang telah saya praktikkan tersebut telah menghasilkan pendapatan yang sangat menakjubkan! Saya sendiri tidak menyangka teknik2 dan rahsia2 yang telah saya pelajari dari para IM tersebut akan menghasilkan pendapatan yang sungguh mengujakan.. Rahsia2 dan teknik2 tersebut akan saya kongsikan dengan anda semua dalam post saya selepas ini, insyaAllah… Jadi tunggulah dengan sabar ye…InsyaAllah anda juga pasti akan memperolehi income seperti saya atau mungkin lebih!!

salam,
Barizanif

Share/Save/Bookmark

Man Utd Menang Besar…

November 15th, 2008 barizanif No comments

Malam tadi saya berpeluang menonton perlawanan bolasepak Barclays Premier League diantara Man Utd vs Stoke City. MU menang besar… 5 - 0. Apa yang saya nampak dalam perlawanan tersebut ialah semua pemain MU sangat bekerjasama, bersungguh-sungguh dan kreatif untuk memenangi game tersebut. Hasilnya mereka telah menang besar pada malam tadi.

Semangat yang telah ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson ternyata telah membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’.. dimana semangat yang demikianlah patut kita contohi tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda cemerlang adalah satu titik noktah yang dapat menghasilkan momentum yang sangat kuat bagi menggerakkan jasad fizikal kita menuju ke arah kejayaan yang gemilang.

Ramai orang yang hendak kaya dan berjaya dalam perniagaan mereka, tetapi adakah mereka telah menyediakan minda mereka ke arah itu? Jika hanya berangan-angan kosong dan goyang kaki sahaja maka mimpilah mereka untuk menjadi orang kaya atau usahawan yang berjaya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, jangan bertangguh lagi, tambah ilmu di dada, kreatif, inovatif dan yang terakhir… berserahlah pada Allah swt.

Salam,

Barizanif.

Share/Save/Bookmark