Archive

Archive for the ‘MyStory’ Category

Ramadhan Kareem…

August 14th, 2010 Barizanif No comments

puasa

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kita untuk lebih meningkatkan lagi amalan terhadapNya. Disamping kita berlumba-lumba untuk mencari rezeki dan wang ringgit, banyakkanlah juga amalan-amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan berzikir, kerana amalan-amalan tersebut akan menjadikan kita lebih dekat denganNya.

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh kepada semua. Ramadhan Karim wa Kullu Am Wa Antum Bikhoir…

Share/Save/Bookmark

Rezeki Ebay…

July 31st, 2010 Barizanif No comments

Alhamdulillah sales setakat hari ni sangat positif. Tak perlu nak pening kepala, Ebay ada caranya… Yang penting fokus. Kepada yang nak cari sumber kewangan tambahan dari Ebay cubalah dapatkan kitab ni… http://tinyurl.com/25arfpm

Share/Save/Bookmark

Mininiaga Satu Revolusi…

July 18th, 2010 Barizanif No comments

Alhamdulillah, saya juga dah miliki Mininiaga versi digital pada hari ni. Dah explore serba sedikit macam mana Mininiaga ni beroperasi dan apa yang saya nampak memang SUPERB dan HEBAT sekali! Tak sangka ianya adalah hasil tangan anak Melayu kita…

Rasanya memang tak rugi sesapa yang dah beli Mininiaga ni… Mudah, efektif dan kemas. Jadi tak perlulah saya nak review lebih-lebih…lagipun bukan nak promosi pun just nak bagitau yang saya pun dah ada Mininiaga… Yahoooo… :-)

Tak sabar rasanya nak buat duit dengan Mininiaga ni.. Yang penting sekarang ni cuma nak buat PROMOSI je..

Tahniah sekali lagi kepada Team Flarebiz. Hasil yang terbaeeek dari ladang selepas Niagakit V2… Bila pulak nak upgrade Niagakit V2 ke Niagakit  V3?

Share/Save/Bookmark

Rezeki Allah dan Teknik DVD Usahawan Ebay Berhingus

July 14th, 2010 Barizanif No comments

Alhamdulillah, semenjak sampainya ke tangan saya DVD Usahawan Ebay Berhingus hasil karya Mansurbiz aka Yusri Jomseminar, rezeki Ebay makin lumayan.  Sebelum ni tak lah banyak sangat sale, tapi selepas menonton, mengkaji dan mengaplikasikan teknik-teknik dalam DVD, sales nampaknya makin naik. Tak sangka dalam masa seminggu boleh dapat sale sampai RM800++. Walaupun mungkin tak banyak bagi orang lain, tapi bagi saya memang lumayan. Sebelum ni nak dapat 2 - 3 ratus seminggu pun susah… tapi sekarang tidak lagi! (macam ayat dalam iklan TV je heheh).

So… kepada sesapa yang nak buat duit sila-silalah dapatkan DVD tu kat sini: http://bit.ly/deuT12. Jangan lambat sebab harganya akan naik tak lama lagi.  Lagi satu, ilmu dalam DVD tu sangat-sangat berbaloi-baloi. Complete dari A - Z hehehe…

Share/Save/Bookmark

Panduan Didik Anak….

March 22nd, 2010 Barizanif No comments

Nah.. Ini dia ebook yang saya nanti-nantikan selama ni. Saya dah tak pening kepala lagi macam mana nak bagi anak saya didikan yang terbaik agar menjadi anak yang baik. Walaupun saya baru dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel (macam ummi dia kot hehe),  tapi macam-macam karenah mereka yang membuatkan saya dan ummi mereka tak dapat rehat yang secukupnya setiap hari.

Si kakak yang suka mengusik adik, bergaduh, tak mahu dengar arahan, suka menyepahkan barang-barang dalam rumah dan macam-macam lagi merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh kami suami isteri. Kadang-kadang terasa macam dah tak tahu nak buat apa lagi, rasa macam nak biarkan dan buat tak tahu je..tapi tak boleh la kan…sebab anak-anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mesti mencorakkan mereka.

Tapi macam mana kami nak mencorakkan mereka? Apakah teknik dan tips yang perlu kami ikuti? Dan pada hari ni saya dah jumpa penyelesaiannya… sebuah ebook hasil tulisan Puan Suhaila Abu Kassim iaitu Panduan Mendidik Anak. Ebook ini bagi saya hampir lengkap bagi setiap ibu bapa dan juga bakal ibu dan bapa.

Anatara bab-bab yang terdapat dalam ebook tersebut ialah:

Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak

Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak

Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak

Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak

Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak

Dalam setiap bab, Puan Suhaila telah menerangkannya dengan lebih terperinci.. Jadi bagi anda yang mempunyai anak kecil yang berusia sekitar 1 hingga 6 tahun saya syorkan ada miliki ebook ini sebagai panduan bagi anda dalam usaha mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Share/Save/Bookmark

Post barang Ebay ke UK..

January 16th, 2010 Barizanif 2 comments


Hari ni banyak skit keja nak disettlekan. Nak packing barang2 yang customer order dari Mudah dan Ebay. Alhamdulillah dalam minggu ni dapat la dalam 4, 5 ratus RM. Ok la tu heheh… Shipping barang ni ke UK cuma RM26++ je setiap bungkusan.. untung banyak lagi tu.. yang penting research mau mantap hehehe…

Share/Save/Bookmark