Kemalangan…

June 16th, 2009 Barizanif No comments

Malam tadi saya mendapat call dari kampung pasal adik ipar saya mengalami kemalangan. Kecederaannya agak parah dan sekarang beliau berada di bahagian ICU Hospital Taiping. Setelah imbasan dilakukan doktor bagitau yang sebahagian otaknya telah lebam dan beliau telah kehilangan banyak darah. Memang menyedihkan kerana baru2 ni saya jumpa beliau yang memang sentiasa ceria tup2 malam td beliau terlibat dengan kemalangan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Motor beliau juga dikatakan rosak teruk.

Dalam pukul 4.00 jap lg saya nak bertolak dari umah ke Hospital Taiping. Saya harap beliau akan sembuh dan sihat seperti sediakala. Marilah sama2 kita doakan kesihatannya pulih.

Share/Save/Bookmark

SenangHamil.com dah dilancarkan…

May 18th, 2009 Barizanif 2 comments

Ebook terkini yang ditulis oleh Fatina Aziz bagi saya adalah satu niche yang agak unik. Setakat ini saya rasa masih belum ada ebook tempatan yang membincangkan masalah kesuburan dan kehamilan secara detail. Apa yang lebih menarik ialah bab-bab yang begitu informatif di mana banyak maklumat mengenai teknik-teknik perhubungan suami isteri beserta dengan ilustratif yang agak jelas.

Saya rasa ebook ini patut dimiliki oleh bakal pengantin, pasangan pengantin baru dan juga bagi pasangan yang telah berkahwin beberapa lama tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Apa yang lebih menarik ialah segala maklumat yang tertera dalam ebook tersebut adalah berasaskan kepada fakta-fakta yang sahih. Ini kerana penulis dan krew2 yang terlibat bekerja keras untuk menghasilkan ebook ini dengan naik turun tangga hospital2 dan klinik2. Syabas diucapkan kepada penulis dan krew.

So, untuk menambahkan lagi ilmu rumahtangga cepat2 lah dapatkan ebook ini di SenangHamil.com.

Share/Save/Bookmark

What Women Want…

May 15th, 2009 Barizanif No comments

2495062382_46bfe3b3781

Berikut dicatatkan serba sedikit apakah yang disukai oleh para isteri dalam menjalin hubungan bersama suami yang tercinta…

  • Makan malam bersama-sama adalah menjadi kesukaan wanita, dan elok jika bersuap-suapan antara suami dan isteri.
  • Lelaki dikatakan pentingkan dirinya sendiri. Wanita mahukan suami yang mengambil berat terhadap keperluannya.
  • Wanita suka jika suaminya sentiasa menunjukkan kegembiraan serta bersuka-suka di kamar tidur.
  • Suami patut berjenaka dan bergurau senda kerana itu adalah menyenangkan hati isteri.
  • Wanita sentiasa berfikir sama ada dia menarik atau tidak, tetapi dia akan merasa senang jika suaminya berkata bahawa dirinya cantik.
  • Wanita lebih suka disentuh, dibelai dan dirangkul oleh suaminya.
  • Wanita suka jika dia dipanggil dengan nama yang istimewa.
  • Wanita suka jika suaminya membelai rambutnya ketika berasmara.
  • Wanita suka jika suaminya meniupkan nafasnya yang hangat itu ke telinganya.
  • Isteri akan merasa dirinya sangat istimewa jika suami dapat memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi kepadanya.

Ini baru sebahagian, sebenarnya banyak lagi tip2 yang berkaitan dengan apa yang diingini dan disukai oleh golongan Hawa. Kepada para suami sekalian, cuba praktikkan tip2 di atas dan cuba lihat jika ada perubahan terhadap perhubungan anda suami isteri…Moga berjaya! :-)

Share/Save/Bookmark

Qaisara Amani

April 12th, 2009 Barizanif 4 comments

qaisara1
Dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan bisnes, baru sekarang dapat update gambar second baby, Qaisara Amani. Masa ni Qaisara dah hampir sebulan. Qaisara selamat dilahirkan pada 28 Feb 2009… Alhamdulillah.

Share/Save/Bookmark

Categories: My Picture Tags: , ,

Etiket Pakaian IM?

April 8th, 2009 Barizanif No comments

man_suit1
Pakaian sememangnya memainkan peranan yang penting jika seseorang itu ingin berjaya dalam apa jua bidang, temasuklah bidang jualan. Tanpa pakaian yang sesuai, kredibiliti dan profesionalisme seseorang jurujual itu akan terjejas… Jadi apakah pakaian yang sesuai?

Sebenarnya, ia bergantung kepada banyak faktor seperti bidang dalam kerjaya jualan atau pemasaran, budaya korporat syarikat dan pelanggan yang disasarkan:

1. Jika kita menjual produk kewangan seperti saham amanah dan takaful atau insurans, sebaik-baiknya kita memakai pakaian yang konservatif, iaitu kemeja dengan sut yang lengkap dan warna sut perlu gelap.

2. Jika anda menjual produk bukan kewangan seperti hartanah, buku dan peralatan komputer, tidak perlu memakai sut yang lengkap. Cukup sekadar berkemeja dan mengenakan tali leher. Elakkan daripada menggunakan tali leher yang mempunyai gambar kartun dan sebagainya. Ia perlulah tali leher yang konservatif dan kelihatan profesional.

3. Jika anda menjual barangan yang bersifat artistik seperti lukisan, kaset atau apa-apa barangan yang berkaitan dengan hiburan, anda boleh berpakaian bebas sedikit. Namun begitu, perlu kemas.

4. Dan…. jika anda seorang IM, ikut suka anda la nak pakai apa pun… LU PIKIAQ LA SENDIRI! (Bak kata Nabil) hehehe…

Share/Save/Bookmark

Categories: Petua/Tips Tags: